Tuesday, July 29, 2008

Setiap aduan jenayah perlu tindakan segera

Surat Kepada Pengarang
Berita Harian

USAHA membasmi atau mencegah jenayah tidak akan berkesan kecuali semua pihak bertekad dan bersedia mengamalkan budaya antijenayah dan menjadikan keselamatan sebagai cara hidup.

Memandangkan kepada peningkatan kejadian jenayah dilaporkan di media massa, pihak berkuasa dan semua lapisan masyarakat perlu diberi kesedaran mengenai pentingnya tindakan pantas dan berkesan perlu diambil terhadap bukan saja penjenayah tetapi juga isu dan punca yang menimbulkan perlakuan jenayah.Misalnya, aduan atau cadangan kepada pihak berkuasa mengenai langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlaku jenayah perlu ditangani segera. Setiap aduan berkaitan pencegahan jenayah perlu diberi perhatian. Kerajaan, bagaimanapun memerlukan pihak lain yang berkepentingan seperti peniaga, penduduk, profesional dan orang ramai untuk membantu memerangi jenayah. Pelbagai lapisan masyarakat perlu bersatu menghadapi cabaran dan menjadikan bandar, pekan dan kampung selamat didiami.Usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar jenayah dan perasaan takut terhadapnya di samping mewujudkan kejiranan dan bandar yang lebih selamat.yang membolehkan perniagaan dan penduduk boleh maju tanpa jenayah.Agenda untuk mengawal dan mencegah jenayah memerlukan usaha yang bersinergi, bersepadu dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Setiap orang ada peranan dan tugas memerangi jenayah.Orang awam perlu diberi kesedaran bahawa memerangi jenayah adalah tanggung jawab bersama. Sejak penubuhannya, Yayasan Pencegahan jenayah Malaysia (MCPF) terbabit secara aktif dalam kempen kesedaran dengan pelbagai organisasi yang berteraskan masyarakat untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai keperluan untuk tidak mengambil ringan keselamatan mereka, tetapi sebaliknya mengambil bahagian secara aktif untuk memerangi jenayah.Melalui projek inisiatif bandar dan kejiranan selamat, MCPF berharap dapat membabitkan penyertaan semua lapisan masyarakat di dalam mendidik orang ramai mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian jenayah.

No comments: