Thursday, October 30, 2008

Ke arah aduan sifar

Surat Kepada Pengarang

Imej sesebuah kerajaan, sebahagian besarnya, di tentukan oleh kualiti, sikap dan perlakuan kakitangan kerajaan.

Malaysia amat bernasib baik kerana mempunyai kakitangan perkhidmatan awam yang baik secara umumnya, yang telah menyumbangkan bakti yang besar terhadap pembangunan negara sejak dari mula mendapat kemerdekaan dahulu.

Orang ramai secara umumnya telah mengetahui dan memahami peranan perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang terhadap pembangunan negara dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Walaubagaimanapun, seperti juga semua organisasi, terdapat ruang untuk peningkatan didalam perkhidmatan awam untuk menjadikannya lebih efisyen, berkesan, bertanggung-jawab, dan telus.

Kakitangan perkhidmatan awam perlu memberi tumpuan kepada bagaimana mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Mereka perlu peka terhadap semua aduan dari orang ramai. Apabila masyarakat menjadi lebih maju, rakyat menjadi lebih prihatin terhadap hak mereka dan mereka menaruh harapan yang lebih tinggi terhadap mutu perkidmatan awam yang lebih baik dan cemerlang.

Sementara kita mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik dari kakitangan perkhidmatan awam, mereka juga perlu diberikan imbuhan yang adil dan sesuai dengan kemampuan kerajaan.

Etika dan nilai moral yang baik adalah amat penting sekiranya kita mahu pentadbiran yang bersih, berkesan, dan telus. Kakitangan awam hendaklah membangunkan satu budaya yang menjurus kepada pembentukan perkhidmatan awam yang bukan sahaja berdedikasi, efisyen, dan berkesan, tetapi juga memberi penekanan kepada integriti pengurusan.

Utuk mencapai objektif ini, adalah penting diujudkan satu budaya yang mendukung disiplin, etika, bertanggung-jawab dan telus. Moral, etika dan integriti bukan sahaja penting kepada kakitangan awam, tetapi juga kepada sektor swasta dan masyarakat keseluruhanya.

Cadangan saya kepada kakitangan awam ialah supaya mereka meneruskan perjalanan yang sudah hampir sampai, dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan didalam perkhidmatan awam.

Masanya sudah sampai kepada semua jabatan, agensi, dan pihak berkuasa awam untuk berusaha kearah aduan sifar didalam usaha untuk meningkatkan tahap efisyenan dan kecemerlangan didalam perkhidmatan awam.

Ketua jabatan dan pihak berkuasa awam hendaklah sensitif terhadap aduan dan cadangan mengenai jabatan masing-masing dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Rakyat mempunyai peranan di dalam pembangunan perkhidmatan awam yang bermutu tinggi. Dengan memberikan maklumbalas dan cadangan, mereka boleh memainkan peranan untuk meningkatkan perlaksanaan sistem perkhidmatan awam yang cemerlang di dalam Negara kita.

No comments: