Wednesday, November 19, 2008

UCAPAN PERASMIAN SEMINAR AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA YANG CEMERLANG

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran serta penyertaan saudara dan saudari dalam SEMINAR AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA YANG CEMERLANG pada pagi ini.

Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai amalan-amalan keselamatan dan kesihatan (OSH) di tempat kerja yang boleh menjamin peningkatan produktiviti.

Untuk makluman para peserta Seminar yang di adakan hari ini adalah selaras dengan Tema Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang disambut pada tahun ini . (28hb April).

Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (World OSH Day) disambut di seluruh dunia di bawah anjuran Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) dan tema pada tahun ini adalah ‘Kehidupan Saya, Pekerjaan Saya, Pekerjaan Saya Yang Selamat – Menguruskan Risiko Di Persekitaran Tempat Kerja’ yang menegaskan kepentingan dalam memastikan OSH di tempat kerja.

NIOSH berharap semoga segala maklumat yang disampaikan melalui seminar ini akan dapat dijadikan input yang berguna bagi mempertingkatkan lagi ilmu dan pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan ke arah mementingkan OSH.

Ladies and Gentlemen,

Issues related to occupational safety and health which have become more significant and urgent have created more demands from the industries towards further reducing workplace accidents and incidences.

On April 28 of every year, government, employers and workers’ organisations worldwide are encouraged to conduct awareness-raising activities within their areas of influence in efforts to reduce accidents and ill-health at the workplace.

World’s Day for Safety and Health at work is also an annual event to increase awareness about how to make work safe and healthy as well as to raise the profile of occupational safety and health.

The theme for this year’s World Day for Safety and health at work is: “ MY LIFE, MY WORK, MY SAFE WORK-MANAGING RISK IN THE WORK ENVIRONMENT”.

This theme was chosen by ILO to strongly encourage workers to examine the risks related to their own jobs.

The objective of the World Day for Safety and Health at work is to focus international attention on promoting and creating a safety and health culture that can help to reduce the number of work-related deaths each year. Safety, after all, is the responsibility of all concerned.

Occupational Safety and Health (OSH) is of worldwide concern to governments, employers, workers and their families. While some industries are inherently more hazardous than others, groups such as migrant or other marginalized workers are often more at risk of experiencing work-related accidents and ill health, since poverty frequently forces them into unsafe occupations.

Accidents and diseases at work often have several contributory causes; organizational, physical and human factors can all play a part. Risks can be classified in several ways, such as mechanical or physical, chemical, ergonomic and psychosocial risks. Examples of these risks are hearing damage from high noise levels; lacerations from dangerous machinery; and upper limb disorders from repetitive.

Work-related accidents and ill-health place intolerable human and economic burdens on workers and their families as well as on enterprises and on society as a whole.

In Malaysia, SOCSO estimates that the related economic costs due to compensation, lost working time, interruption of production, training and medical expenses are considerably high. Last year, the total compensation costs paid out by SOCSO for industrial accidents and occupational diseases was over RM 1.06 billion.

Conversely, there is clear evidence that a healthy workforce can enhance business productivity, benefit enterprises and national economies by reducing the number of accidents and diseases and lowering the number of insurance and compensation claims.

The overall responsibility for providing a safe and healthy working environment rests with the employers who should demonstrate their commitment to OSH.

This can be done by building and maintaining a preventative safety and health culture that address the principles of prevention, hazard identification, risk assessment and control, information and training.

Workers on the other hand have a duty to cooperate with the employer in implementing this OSH programme. They should respect and apply procedures and other instructions designed to protect them and others present at the workplace from exposure to occupational hazards.

It is estimated that more than 2 million people die from work-related illness or accidents each year.

The World Day for Safety and health at Work, celebrated worldwide including Malaysia, is an international campaign to promote safety and health at work.

Preserving human health is a key objective of social security, promoting and creating a safety and health culture can save lives and reduce costs to society.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Hak untuk hidup adalah hak asasi manusia. Hak untuk bekerja di dalam suasana yang selamat dan sihat juga merupakan hak asasi seorang pekerja.

Namun demikian, setiap tahun, mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), lebih daripada 1.2 juta pekerja dinafikan hak ini dan natijahnya ialah kemalangan dan kematian dan pelbagai penyakit yang disebabkan bentuk kerja atau tempat kerja mereka yang tidak selamat dan sihat.

Di peringkat global lebih 100,000 kemalangan berlaku di tempat kerja setiap bulan, iaitu lebih dari 3,000 setiap hari, atau dua kemalangan bagi setiap minit. Fenomena ini merupakan masalah global, dan jika tidak di bendung, boleh mendatangkan musibah yang tidak dapat di terima dari segi ekonomi, sosial serta moral.

Perangkaan yang dibentangkan oleh ILO begitu membimbangkan:

1. Lebih daripada 250 juta kemalangan setahun di alami oleh para pekerja.
2. Lebih 160 juta pekerja jatuh sakit setiap tahun akibat hazard dan pendedahan kepada bahan-bahan bercahaya di tempat kerja.
3. Kemalangan dan penyakit adalah punca kepada lebih 1.2 juta kematian setiap tahun, jumlah yang melebihi kematian akibat kemalangan jalanraya di seluruh dunia.
4. Lebih 10 juta pekerja mengalami kecederaan dan penyakit yang menyebabkan kecederaan sepanjang hayat dan hilang punca pendapatan.

Mengikut badan dunia itu, walaupun kita tidak dapat meletakkan nilai harga bagi nyawa manusia, pampasan yang diberikan kepada keluarga mangsa menunjukkan bahawa empat peratus daripada keluaran kasar dalam negara hilang begitu sahaja disebabkan kos pembiayaan kemalangan dan penyakit akibat ketidakhadiran, rawatan perubatan, kecacatan serta imbuhan kepada mangsa yang terselamat.

Di negara membangun seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, German dan Norway, kos kemalangan dianggarkan berbillion dollar.

Di negara-negara membangun, dianggarkan bahawa kematian pekerja adalah lebih lima hingga enam kali ganda berbanding negara-negara perindustrian. Ini merupakan cabaran yang besar bagi negara-negara membangun dalam menangani isu perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Terdapat juga kebimbangan terhadap isu alam sekitar. Dalam era globalisasi ini yang tiada batas sempadan, bahan-bahan berbahaya dengan bebasnya melintasi sempadan negara. Ini menimbulkan keperluan yang lebih tinggi untuk pengawasan alam sekitar.

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Cara paling berkesan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja adalah melalui pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.

Dalam hal ini, ahli-ahli pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlulah bersedia memikul tanggungjawab menangani pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang akan timbul.

Isu kritikal yang perlu diteliti dan ditangani untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan termasuklah:

1. Pendidikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dimasukkan di dalam kurikulum sekolah, kolej dan universiti.
2. Memastikan isu-isu berkenaan keselamatan dan kesihatan diberi perhatian terutamanya di peringkat reka bentuk / perancangan sesebuah projek.
3. Memastikan komitmen dan penglibatan pihak pengurusan atasan dalam isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
4. Pelaksanaan program amalan keselamatan dan kesihatan (OSH) di tempat kerja.
5. Memaparkan bahawa aktiviti perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh membawa keuntungan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Semenjak pengemukaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, OSHA 1994, bilangan kemalangan di tempat kerja telah menunjukkan penurunan yang signifikan dari 10 kemalangan untuk setiap 1,000 pekerja pada tahun 2002 kepada tahap 7 kemalangan untuk setiap 1,000 pekerja pada tahun 2007.

Namun, kadar kemalangan tersebut adalah masih tinggi jika dibandingkan dengan negara maju yang lain iaitu 3-4 kemalangan untuk setiap 1,000 pekerja.

Statistik kemalangan yang direkodkan oleh PERKESO juga secara keseluruhan telah menurun sebnayak 35% dari 86,589 kes kemalangan pada tahun 2007, ke 58,339 kes kemalangan pada tahun 2007.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2007, PERKESO telah membayar lebih daripada RM 1.06 billion pampasan kemalangan di tempat kerja.

Jumlah yang begitu tinggi tersebut menunjukkan bahawa masih terdapat banyak ruang untuk perubahan dan pembaikan dengan isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Oleh yang demikian, NIOSH meminta supaya semua majikan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap keselamatan dan kesihatan para pekerja dan menjadikan OSH sebagai suatu amalan budaya kerja.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada seminar kali ini juga NIOSH ingin mengambil kesempatan untuk memberikan penumpuan terhadap aspek ”Ergonomik” iaitu satu istilah yang jarang sekali kita dengar di negara ini.

Tetapi, ianya amat popular di negara maju serta di kalangan professional yang bergiat di bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

’Ergonomik’ adalah satu bidang sains dan teknologi yang bertujuan untuk menyesuaikan penggunaan peralatan-peralatan pekerjaan, reka-bentuk tempat kerja, persekitaran tempat bekerja dan juga cara bekerja mengikut had dan kemampuan fizikal dan mental para pekerja.

Kajian-kajian yang telah dilakukan di negara-negara industri yang maju menunjukkan banyak kecederaan di kalangan para pekerja kilang melibatkan tulang belakang, sendi-sendi di tangan, kaki dan tengkuk.

Umpamanya pejabat merupakan sebuah tempat yang biasanya dianggap tidak mempunyai risiko pada keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Seperti juga tempat yang lain, PEJABAT TIDAK TERKECUALI daripada hazard fizikal, biologikal, kimia dan faktor ’ergonomik’.

Hazard ini boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan seperti terjatuh, tersepit, terlanggar dan masalah lain seperti masalah otot rangka dan kelesuan mata.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, seksyen 15 (1) menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.

Cara paling berkesan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja adalah melalui pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN yang baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sepertimana termaklum, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau NIOSH adalah sebuah Institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membantu para majikan dan pekerja di negara ini bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pekerja di tempat kerja.

Peranan yang dimainkan oleh NIOSH adalah untuk mewujudkan BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT di kalangan rakyat Malaysia.

Penggubalan dan Penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah merupakan komitmen pihak Kerajaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.

Selaras dengan hasrat dan matlamat inilah maka NIOSH telah ditubuhkan dengan misi dan visi untuk menjadi pusat kecemerlangan di dalam OSH dan menjadi rakan pilihan di dalam bidang OSH dengan menyediakan latihan, khidmat nasihat, menyebarkan maklumat serta menjalankan penyelidikan dalam bidang OSH.

Dan pada hari ini NIOSH mengorak langkah yang lebih besar dengan pembukaan satu lagi Pejabat NIOSH Wilayah Melaka yang bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan dan meningkatkan tahap pelbagai perkhidmatan yang sedia ada terutamanya program Safety Passport System oleh kampus utama di Bandar Baru Bangi dan kampus cawangan di negeri Johor, tetapi juga untuk merapatkan lagi hubungan NIOSH dengan para pengamal OSH serta mereka yang terlibat dalam bidang OSH khasnya di bahagian utara Johor seperti Muar dan Segamat serta bahagian selatan Negeri Sembilan yang mempunyai kawasan-kawasan perindustrian termasuk Industri Kecil dan Sederhana atau SMI.

Pejabat NIOSH Wilayah Melaka ini adalah merupakan pejabat cawangan NIOSH YANG KE-TUJUH ditubuhkan selepas Pejabat NIOSH Wilayah Sabah yang telah dilancarkan pada 21 Mei 2007 yang lalu. Tahniah dan syabas ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam merealisasikan pembukaan PEJABAT NIOSH WILAYAH MELAKA.

Semoga dengan penubuhan ini, NIOSH akan dapat memberikan penerangan mengenai perkembangan terbaru Institut ini serta menyebarkan maklumat yang penting dan terkini dalam bidang OSH, bertepatan dengan pembangunan yang pesat di negeri Melaka Bandar Bersejarah ini terutamanya oleh industri perkilangan, industri minyak dan gas dan juga industri pelancongan.

Secara kesimpulan usaha-usaha ke arah mengurangkan kemalangan semasa bekerja serta mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat iaitu:- golongan pekerja, para majikan, pihak pengurusan organisasi atau syarikat serta mereka yang mencipta peralatan dan sistem yang digunakan di tempat kerja.

Sifat bertanggungjawab ini harus lahir dari kesedaran kita sendiri terhadap betapa pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kita semua untuk menjaga keselamatan dan kesihatan semasa bekerja dan di tempat kerja harus dilakukan dengan penuh komitmen, kesungguhan dan berterusan.


Sebagai mengakhiri ucapan ini saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir untuk menjayakan program pada kali ini.

Tanpa penyertaan dari tuan-tuan dan puan-puan sekalian, NIOSH tidak akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan kepadanya dengan jayanya.

Marilah sama-sama kita jadikan amalan BEKERJA DENGAN SELAMAT DAN SIHAT melalui falsafah sebagai suatu BUDAYA dalam kehidupan seluruh Masyarakat Malaysia.

DENGAN INI SAYA SUKACITANYA MERASMIKAN ‘SEMINAR AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA YANG CEMERLANG PADA PAGI INI.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

No comments: