Wednesday, March 11, 2009

Kempen Kementerian Kesihatan "Mengambil berat terhadap pesakit"

Pelancaran kempen Budaya Korporat oleh Menteri Kesihatan untuk mendidik kakitangan Kementerian tentang peri pentingnya nilai keprihatinan dan “mengambil berat terhadap pesakit” adalah satu langkah yang tepat dan selari dengan harapan rakyat.

Kempen tersebut menonjolkan kakitangan Kementerian memakai lencana dengan logo yang menunjukkan simbol keprihatinan terhadap pesakit iaitu tangan yang di letakkan pada hati (dada).

Langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan tersebut amat dialu-alukan, tetapi apa yang lebih penting ialah imej keprihatinan tersebut hendaklah dilaksanakan secara ikhlas melalui tindakan konkrit oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya pesakit dan orang ramai dapat diyakinkan bahawa mereka benar-benar mengambil berat terhadap pesakit.

Dalam hal ini semua kakitangan terutamanya kakitangan perubatan disemua hospital kerajaan, klinik dan lain-lain harus menerapkan budaya keprihatinan tersebut yang akan menentukan kejayaan Kempen Budaya Korporat oleh Kementeria tersebut.

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah menyatakan dengan tepat hasrat beliau untuk menerapkan nilai korporat sebagai amalan kepada kakitangan Kementerian.

Dengan itu saya ingin menyarankan supaya kempen “keprihatinan” ini dipantau secara aktif dan di nilai keberkesananya untuk memastikan ia menepati objektifnya.

Mengambil berat kepada semua pesakit adalah sesuatu yang amat mencabar untuk dilakukan dan ia memerlukan kesabaran, sikap bertimbang rasa dan belas kasihan oleh pihak yang memberi rawatan tersebut.

Sekiranya semua kakitangan perubatan dapat melaksanakan tanggung-jawab yang berat ini, ia bukan sahaja akan dapat memberikan semangat kepada pesakit yang mendapatkan rawatan tetapi juga akan membantu penerapan budaya prihatin dan penyayang di kalangan rakyat Malaysia.

No comments: