Friday, March 20, 2009

Penggalakan Kesihatan Mental

NIOSH ingin menekankan peri pentingnya pembangunan dan penggalakkan kesihatan mental yang baik didalam suasana kegawatan ekonomi sekarang ini, dimana ia menyebabkan peningkatan kes kemurungan dan tekanan yang boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada rakyat Malaysia.

Memandangkan kegawatan ekonomi sekarang ini boleh mengakibatkan resesi kemelesetan, terdapat semakin ramai pekerja di Malaysia yang mungkin akan menghadapi kegusaran, tekanan dan kemurungan yang bersangkutan dengan pekerjaan dan tugas mereka.

Impak dari masalah kesihatan mental yang berpunca dari masalah ekonomi boleh menjejaskan para pekerja dan keluarga mereka serta seluruh masyarakat amnya. Ini adalah amat serius dan perlu diatasi.

Adalah amat penting pada masa susah dan mencabar seperti sekarang ini untuk memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia dan keluarga mereka melalui pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesihatan mental dikalangan pekerja Malaysia dari sudut pembangunan sosial yang baik.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan langkah jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang, untuk membantu rakyat Malaysia yang menghadapi tekanan dan kemurungan dan membantu meningkatkan usaha pengalakan kesihatan mental yang baik.

Inilah masanya untuk Kementerian menggerakan sumber-sumbernya di seluruh negara untuk meningkatkan kesihatan mental dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, badan-badan bukan kerajaan yang berkenaan, majikan, pekerja, keluarga dan keseluruhan masyarakat.

Kita perlu mangambil langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian membunuh diri, lebih banyak kes pesakit mental dan lebih ramai orang menjadi mangsa kepada penyakit mental yang disebabkan oleh kegawatan ekonomi dan pengangguran.


Kesihatan mental bukan sahaja mengenai penyakit mental. Ia adalah sesuatu yang diperlukan oleh kita semua. Ia adalah perasaan kepuasan terhadap kehidupan dan kebajikan diri sendiri, kemampuan menghadapi pelbagai cabaran kehidupan, dan sikap positif terhadap diri sendiri.

Kesihatan mental juga termasuk perasaan seseorang terhadap dirinya sendiri, perasaanya terhadap orang lain dan bagaimana seseorang mengendalikan pelbagai cabaran didalam kehidupanya.

Menurut pertubuhan kesihatan sedunia, kemurungan adalah punca yang kelima diantara punca-punca utama yang menyebabkan hilang upaya dan ia dianggarkan akan meningkat ketempat yang kedua menjelang tahun 2020.

Kempen di seluruh negara amat diperlukan untuk memberi pengajaran kepada semua lapisan masyarakat bagaimanakah cara untuk mendapatkan pengetahuan yang tepat untuk mencapai cara hidup yang sesuai yang menggalakan kesihatan mental yang baik.

Promosi kesihatan mental melibatkan pihak Kerajaan, masyarakat dan keluarga. Kerajaan boleh menyediakan prasarana seperti lebih banyak unit psikiatri dan katil hospital.

Kementerian Kesihatan perlu mengkaji keperluan untuk melatih lebih banyak pakar pesakit jiwa dan ahli psikologi untuk berkhidmat di hospital dan klinik supaya perkhidmatan rawatan mental dapat diberikan, sementara badan-badan bukan kerajaan perlu memberikan bantuan didalam meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental.

No comments: