Monday, April 27, 2009

Budaya Penyengaran baik dapat dilaksanakan di Malaysia demi keselesaan dan keselamatan Orang Ramai

Salah satu dari isu yang menjadi perhatian kepada orang ramai ialah bagaimanakah budaya penyengaraan yang baik dapat dilaksanakan di Malaysia demi keselamatan dan keselesaan orang ramai.

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang berbangga dengan kemampuannya untuk menyediakan prasarana bertaraf dunia, tetapi tidak dari segi penyengaraan yang baik.

Kejadian kecacatan dan kerosakan bangunan baru kerajaan dan prasarana yang di bangunkan oleh kerajaan maseh segar dalam ingatan kita semua. Masalah seperti ini adalah amat memalukan dan terlalu sirius untuk di abaikan.

Penyenggaraan yang buruk terhadap bangunan dan prasarana awam boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan. Tandas awam yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan ketidak selisaan kepada orang ramai. Taman permainan kanak-kanak yang tidak diselenggara dengan baik juga boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Sementara jalan raya dan longkang yang tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan banjir kilat.

Jalan berlubang yang dibiarkan berminggu minggu membahayakan pengguna jalan raya. Kegagalan untuk memotong pokok dan dahan yang menutupi papantanda disepanjang jalanraya kita pula menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Kejadian-kejadian yang tidak menyenangkan ini adalah imbasan kepada rasa tidak senang rakyat Malaysia terhadap kualiti kerja yang rendah, perlaksanaan yang tidak sempurna, pengurusan yang lemah, budaya penyenggaraan yang buruk dan kurangnya etika kerja dikalangan mereka yang terlibat.

Apa yang menjadi persoalan bukan sahaja isu etika kerja tetapi juga isu keselamatan dan kesihatan ditempat kerja. Kejadian keruntuhan di bangunan-bangunan adalah isu keselamatan dan kesihatan ditempat kerja yang tidak boleh dipandang ringan.
Sudah sampai masanya bagi semua pihak untuk bertindak atau berbuat sesuatu untuk mengelakkan atau menyekat perkara yang tidak menyenangkan rakyat Malaysia dari berulang seperti kualiti kerja yang rendah, perlaksanaan yang tidak sempurna, pengurusan yang lemah dan penyenggaraan yang buruk.

Komen yang Malaysia adalah sebuah negara yang “mempunyai prasarana kelas pertama dunia tetapi mentaliti kelas dunia ketiga” adalah tepat apabila kita berkata mengenai budaya penyenggaraan dinegara ini.

Budaya penyenggaraan dan perkhidmatan sememangnya bukan kekuatan kita. Kita amat baik didalam menyediakan bangunan dan prasarana yang canggih, tetapi apabila tiba kepada soal penyenggaraan dan menjaga bangunan dan prasarana tersebut kita mempunyai banyak kelemahan dan masaalah.

Semua pihak berkuasa dan rakyat Malaysia perlu menanam budaya penyenggaraan yang baik dan menjadikanya sebagai cara hidup seharian. Marilah kita mengubah sikap “prasarana kelas dunia pertama tetapi minda kelas dunia ketiga” apabila kita melakukan penyenggaraan.

Masanya sudah sampai untuk satu era baru yang menekankan terhadap budaya penyenggaraan dan keselamatan yang baik.

Memperbaiki imej negara bukan sahaja tanggung-jawab kerajaan tetapi juga semua rakyat Malaysia yang seharusnya mempunyai rasa bertanggung-jawab.

Walaupun Malaysia telah berjaya dari segi pembangunan ekonomi, kita masih belum berjaya membangunankan masyarakat yang bertanggung-jawab atau yang berminda sivik. Pembungan sampah di merata tempat masih lumrah walaupun pelbagai kempen telah dilakukan.

Janganlah kita dikatakan rakyat Malaysia bekerja kuat untuk mengumpulkan harta dan mencapai kejayaan tetapi hilang rasa tanggung-jawab sivik mereka.

No comments: