Wednesday, August 20, 2008

Badminton Sukan Olympik 2008 Beijing

Walaupun bintang badminton negara Lee Chong Wei gagal memenangi pingat emas untuk acara perseorangan (lelaki) badminton di sukan Olympik Beijing, beliau masih menjadi kebanggaan negara kerana berjaya memenangi pingat perak untuk acara tersebut.

Kenyataan bahawa Chong Wei telah berjaya ke peringkat akhir acara tersebut dengan mengalahkan pencabar dari Korea dan Indonesia patut diberi pujian dan ia telah membakar semangat peminat-peminatnya secara khusus dan rakyat Malaysia amnya.

Memandangkan beliau pernah mengalahkan Lin Dan sebelum ini menunjukkan bahawa adalah tidak mustahil untuk beliau menempa sejarah untuk negara.

Saya bersetuju bahawa nasib tidak menyebelahi beliau walau pun beliau bersungguh-sunguh sebelum ini untuk memenangi pingat emas yang pertama untuk negara Malaysia di sukan Olympik.

Tiada sesiapa pun boleh menyalahkan beliau kerana beliau telah memberikan yang terbaik kepada Malaysia, walaupun beliau harus membuat analisa punca kekalahan beliau kepada Lin Dan.

Kekalahan beliau kepada pemain handalan China tersebut saya percaya tidak akan melemahkan semangat beliau untuk berusaha lebih gigih lagi untuk memenangi perlawanan dimasa hadapan yang akan mengharumkan nama Malaysia.

No comments: